WATAK & PERWATAKAN
[{PENDIDIK MELLENIUM}]
Cerpen ini diambil daripada cerpen Pendidik Millennium daripada buku antologi Purnama Senja yang diterbit oleh Asas’ 50 dan ditulis oleh Md. Khairool Haque Bin Abdul Kadir.
Watak Hakim
Hakim merupakan seorang murid menengah 3 dan dia merupakan salah seorang anggota kumpulan pengakap di dalam sekolahnya.Hakim merupakan protagonis utama di dalam cerpen ini. Hakim juga merupakan seorang murid yang optimis. Ini jelas dilihati di mana Hakim berkata bahawa dia bukan budak bodah malahan kurabg pandai sahaja. Hakim juga inginkan kebebasan seperti seekor burung gagak yang dilihatinya. Hakim juga merupakan seorang yang fasih dengan sejarah Islam di mana dia menulis tentang sekehidupan kaum kaum yang berlainan yang aman pada zaman Rasullulah. Dia juga pandai menjawab Cikgu Halim yang telah mencabarnya sehingga Cikgu Halim sendiri berasa tersepit. Hakim juga inginkan keadilan bagi pihak murid sebab itu dia ingin bertemu dengan Ms Wong, pengetua sekolahnya untuk menerangkan perangai buruk Cikgu Halim.
Watak Cikgu Halim
Cikgu merupakan seorang Guru Bahasa Melayu di sekolah yang Hakim hadiri.Dia merupakan antagonis utama dalam cerpen ini. Dia sering memarahi murid serta menggunakan kata-kata tajam terhadap murid-muridnya. Kadang kala dia akan memarahi murid-muridnya tanpa sebab. Dia juga merupakan seorang guru yang tidak bertanggungjawab dan hanya memakan gaji. Dia tidak akan mengambil tahu tentang hal peribadi murid-muridnya. Ini kerana dia telah memberi tugasan untuk murid-muridnya yang hendak disiapnya pada keesokan harinya. Dia juga mengugut muridnya agar tidak menghantarkan tugasan mereka lewat daripada masa yang telah ditetapkan. Cikgu Halim mempunyai sebuah kereta Honda Integra. Dia juga mempunyai hubungan sulit dengan Ms Wong, pengetua sekolah. Dia juga berpendapat bahawa dia lebih bijak dan bagus daripada murid-muridnya.
Watak Ms Wong
Ms Wong merupakan Penetua sekolah yang Hakim hadiri. Dia juga merupakan antagonis sampingan di dalam cerpen ini. Dia mempunyai hubungan sulit dengan Cikgu Halim. Dia juga berbicara dengan Cikgu Halim secara bermanja-manja. Dia juga berlaku tidak adil dan berat sebelah terhadap HAkim kerana tidak mahu mendengar alasan yang hendak diberi oleh Hakim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah, Ahmad. Sebuah blog yg segar dan berbingkaikan hiasan kata yang mudah dibaca. Kupasan cerpen ini agak ringkas kerana ada beberapa sudut yg tidak sempat diketengahkan spt tikaman lidah antara murid-guru dan watak lahiriah mereka tidak diperkatakan. (Grade:B-).
Post a Comment